SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti terletak di penghujung Jalan Pendidikan, Taman Universiti, Skudai. Ia terletak 28 kilometer daripada bandaraya Johor Bahru dan lebih kurang 3 kilometer daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti telah dibuka pada hari Khamis 1 Disember 1994 dengan seramai 1001 orang pelajar dan 46 orang guru. Pada waktu itu kelas-kelas yang ditawarkan adalah tingkatan Peralihan, Satu dan Dua. Walau bagaimanapun, keadaan sekolah yang belum sempurna sepenuhnya dan keadaan keselamatan yang kurang terjamin menyebabkan warga SMKTUN telah diarahkan berpindah dan menumpang di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Universiti 2 dan Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Sri Pulai.
Akhirnya pada hari Isnin, 3 hb. April 1995, semua warga SMKTUN telah berpindah kembali ke bangunan asal. Sehingga kini, SMKTUN telah menyaksikan perkembangan pesat dari segi jumlah pelajar dan guru, dan telah dinaiktaraf daripada sekolah menengah gred ‘B’ ke sekolah menengah gred ‘A’ pada 1 Januari 1998. Bilangan pelajar sehingga hari ini ialah seramai 3349 orang dan guru seramai 150 orang.
Pada awal tahun 1999, sekolah ini telah memulakan Kelas Pendidikan Khas. Kelas ini adalah untuk pelajar-pelajar yang berkeperluan khas. Iaitu pelajar-pelajar yang menghadapi masalah penglihatan, pendengaran dan penguasaan kemahiran 3M. Setakat ini kelas ini terdiri daripada 4 orang pelajar tetap (2 daripadanya berdaftar dengan JPNJ dengan pengesahan doktor. ) dan 6 orang pelajar yang menumpang untuk kelas BM sahaja.
Pada tahun yang sama, Program SKK ( Sekolah Ke Kerjaya). 25 orang pelajar Tingkatan 4 telah dipilih untuk menyertai program ini. Pada 30 Mac 1999 bermulalah latihan tempat kerja (LTK) untuk pelajar ini, di mana pihak sekolah telah mengambil ketetapan untuk menggunakan kaedah 2 minggu sekolah dan 2 minggu LTK.
SENARAI PENGETUA 1993-1997 : En. Ahmad b. Atil1997-1998 : Pn. Hjh. Syam bt. Haron1998-sekarang : Pn. Zainab bt. A. Jalil |
|
Hompage | Pengetua | Wawasan | Lagu | Staf ||
Enrolmen | Persekitaran | Peperiksaan | Ko-Kurikulum |