PERUTUSAN PENGETUA
Bismillah hirrahman nirrahim.
Assalamualaikum wrt. wbt.
Dengan kemajuan era teknologi maklumat, pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti tidak mahu ketinggalan mengejar perubahan arus Sains dan Teknologi. Salah satu langkah yang diambil oleh pihak sekolah ialah dengan mewujudkan halaman web untuk SMKTUN dengan harapan ia akan dapat memberi manfaat kepada guru, kakitangan, pelajar, ibu bapa dan masyarakat sekeliling amnya. Dengan wujudnya internet sebagai media diharap akan menjadi penghubung di antara pihak sekolah dengan dunia luar dalam usaha mengembangkan pengetahuan dan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Ini juga merupakan langkah awal dalam menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan SMKTUN sebagai salah sebuah sekolah bestari.
Sekian, terima kasih.
(ZAINAB BT. A. JALIL)
Pengetua
Sek. Men. Keb. Taman Universiti
Johor Bahru
| Hompage | Sejarah | Wawasan | Lagu | Staf |
| Enrolmen | Persekitaran | Peperiksaan | Ko-Kurikulum |